Riang Ria Bersama DIDI

DIDI merupakan maskot PPANPk yang sering digunakan semasa aktiviti perpustakaan diseluruh cawangan. DIDI sering dibawa bermesra bersama peserta-peserta yang terdiri dari kanak-kanak semasa pertandingan mewarna , bercerita dan lain-lain aktiviti. Kemunculan DIDI sering menjadi perhatian kepada para pengunjung aktiviti terutamanya kanak-kanak yang berebut-rebut untuk bersalam dan bergambar dengannya.

Tidak ketinggalan juga pengunjung dewasa yang berminat dengan kemunculan DIDI. Adalah diharapkan DIDI akan terus sinonim dengan aktiviti-aktiviti perpustakaan dari masa semasa dan terus menjadi popular dikalangan kanak-kanak.