Perkhidmatan Perpustakaan

  1. Pendaftaran dan keahlian
    • Pemohon hendaklah mengisi Borang Pendaftaran Keahlian yang disediakan.
    • Permohonan hendaklah disertakan bersama :-
      • MyKad / MyKid / salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak yang tiada MyKid / salinan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
      • Yuran Tahunan Keahlian seperti di jadual berikut :-
      • Bil Kategori Keahlian Kadar Yuran (RM)
        1 Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) 6.00
        2 Dewasa (13 tahun ke atas) 11.00
        3 Warga Emas (55 tahun ke atas) & Orang Kelainan Upaya (O.K.U) Percuma
        4 Bukan Warganegara Kanak-kanak 16.00
        5 Bukan Warganegara Dewasa 21.00
    • Syarat - Syarat Keahlian
      • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan warganegara asing.
      • Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Keahlian.
      • Pemohon hendaklah mengemukakan MyKad / MyKid / salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak yang tiada MyKid / salinan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia.
      • Pemohon perlu membayar yuran tahunan mengikut kadar yang ditetapkan.
      • Ahli perlu bersetuju untuk patuh kepada peraturan-peraturan perpustakaan yang telah digariskan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
  2. Pinjaman Koleksi dan Denda
    • Perkhidmatan pinjaman menyediakan koleksi bahan bacaan ilmiah dalam pelbagai bidang perkara, fiksyen dan bukan fiksyen bagi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa.
    • Jumlah buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak enam (6) buah naskhah buku.
    • Tempoh pinjaman buku adalah selama 14 hari (2 minggu), peminjam boleh melanjutkan pinjaman secara atas talian sebanyak dua (2) kali sahaja.
    • Denda sebanyak RM 0.20 sehari untuk senaskhah buku akan dikenakan mengikut jumlah hari lewat pemulangan buku.
    • Ahli dikehendaki membayar harga buku bagi kehilangan dan kerosakan teruk pada buku termasuk kos proses (RM5.00).

Perkhidmatan rujukan terletak di Aras 1 dan menempatkan sebuah Meja Rujukan untuk membantu pengguna dalam pencarian koleksi bahan rujukan, pencarian maklumat dan menjawab pertanyaan rujukan.

Perkhidmatan rujukan menyediakan koleksi bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, laporan tahunan, tesis dan lain-lain koleksi bahan meliputi semua bidang perkara. Koleksi bahan-bahan rujukan tidak boleh dipinjam tetapi boleh difotokopi pada kadar semasa yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan kanak-kanak terletak di Aras Bawah untuk kegunaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Perkhidmatan kanak-kanak menyediakan koleksi bahan bacaan rujukan, ilmiah, fiksyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Terdapat juga kemudahan Bilik Asuhan untuk kemudahan ibu bapa yang membawa anak-anak kecil berumur 3 tahun ke bawah. Selain itu, bilik ini juga dijadikan ruang menjalankan aktiviti galakguna perpustakaan.

Perkhidmatan Book Exchange adalah inisiatif dan usaha PPANPk dalam memberikan kemudahan berkongsi bahan bacaan antara pengunjung perpustakaan. Slogan bagi perkhidmatan Book Exchange adalah “SERAH BUKU, AMBIL 1 BUKU” .

Berikut adalah kaedah pelaksanaan perkhidmatan Book Exchange di PPANPk :-

  1. Terbuka kepada semua pengunjung.
  2. Buku yang diserahkan hendaklah sama ada berbahasa Melayu atau Inggeris.
  3. Buku dalam keadaan baik, bersih dan tiada catatan atau contengan.
  4. Sebuah buku sahaja boleh diambil pada satu masa.
  5. Serahan dan pertukaran buku dicatatkan dalam buku daftar transaksi.
  6. Buku yang diserah adalah menjadi hakmilik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan tidak boleh dituntut semula.
  7. Semua peraturan dan syarat adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

Perkhidmatan fotokopi disediakan di Kaunter Sirkulasi, Aras Bawah dengan kadar bayaran seperti Jadual di bawah.

Bil Perkara Kadar Bayaran (RM)
1 Cetakan fotokopi
  • Hitam (A4, Teks)
  • Hitam (A4, Grafik)
  • Warna (A4)
  • Hitam (A3)

  • 0.10
  • 0.30
  • 2.50
  • 0.50
2 Cetakan Komputer
  • Hitam (A4, Teks)
  • Hitam (A4, Grafik)

  • 0.30
  • 0.50

Perpustakaan menyediakan kemudahan peti lokar berkunci dan juga lokar terbuka kepada pegunjung perpustakaan.

Jadual kadar sewaan peti lokar berkunci adalah seperti berikut :-

Bil Perkara Kadar Sewa (RM)
1 Sewa Kunci Lokar 1.00
2 Kunci lokar / Kunci Peti berkunci Hilang
  • 0.30
  • 0.50
  1. Menyelenggara aplikasi sistem
    • Koha
  2. Menguruskan Keperluan ICT
    • Daftar Rekod
    • Perkakasan
    • Perisian
    • Aksesori
    • Telefon
    • CCTV
  3. Menyelenggara Perkakasan Dan Perisisan
  4. Perlaksanaan dan Pemantauan Rangkaian Jaringan Tempatan (LAN) dan Rangkaian Jaring Lebar (WAN)
  5. Pengurusan, Pengelolaan dan Pengemaskinian
    • Emel Jabatan
    • Backup Pengkalan Data
  6. Menyediakan Kemudahan Sokongan Teknikal dan Bantuan Khidmat Nasihat
  1. Koleksi Khazanah Negeri
    • Pempakejan Maklumat
  2. Mengurus dan menyelenggara bahan-bahan penerbitan dan penyelidikan
    • Buletin
    • Laporan Tahunan
    • Keratan Akhbar
    • Dokumen Bahan
  3. Menguruskan dan menyelenggara rekod-rekod di Unit Koleksi Khazanah Negeri
    • Indeks Bahan
  4. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja penerbitan dan penyelidikan yang berkaitan dengan Negeri Perak
  5. Merancang, mengurus dan melaksanakan semua program dan akitviti di Unit Koleksi Khazanah Negeri Perak
    • Pameran