Program World Quran Hour Cawangan Perpustakaan 2023

Program World #QuranHour 1444H bagi tahun 2023 telah dijalankan serentak pada 13 April 2023 (Khamis) jam 12.00 tengahari di seluruh rangkaian perpustakaan negeri Perak iaitu Perpustakaan Awam Cawangan Utama, Perpustakaan Awam Cawangan, Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Komuniti. Program ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di kalangan komuniti setempat.

Program ini membawa tema “Memanusiakan Ummah” yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal. Program World #QuranHour 1444H/2023” telah membawa Surah Al-Insan sebagai surah pilihan, mensasarkan misi masuk syurga sekeluarga dan melahirkan insan al-Abrar.

Kerjasama turut dilibatkan bersama dengan agensi kerajaan, surau, masjid, sekolah, pusat tahfiz dan persatuan dalam memastikan program World #QuranHour dilibatkan secara menyeluruh.