PERKONGSIAN ILMU “WANITA DAN KESELAMATAN” PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 21 MAC 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu “Wanita dan Keselamatan” bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perak. Seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS, agensi kerajaan, badan pertubuhan dan persatuan telah terlibat dalam program yang dijalankan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang langkah-langkah keselamatan kepada kaum wanita dari segi mental dan fizikal disamping memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan hukuman atau denda jika sabit kesalahan jenayah atau penderaan terhadap wanita.

Antara pengisian program adalah perkongsian ilmu “Wanita dan Keselamatan” yang disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Batu Gajah, Inspektor Nurhidayah Binti Omar, Pameran Keselamatan, Kuiz Berkaitan Wanita dan Keselamatan, dan Perkhidmatan Saringan Kesejahteraan Wanita oleh LPPKN.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, ACP Datin Seri Halimahton Bt Ahmad.