PPANPK DAN THINK CITY PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BAGI MEMPERKASA PEMBANGUNAN ILMU, BUDAYA DAN KOMUNITI

IPOH, 2 Julai 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Think City bagi memperkukuh jalinan kerjasama serta meneroka peluang pelaksanaan program dan aktiviti kolaboratif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sesi tersebut dihadiri oleh Pengarah PPANPk, YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, bersama En. Kishore Ramdas, Pengurus Kanan Think City, dan En. Muhammad Faeedz bin Saidi Othman, Pegawai Think City.

Perbincangan memfokuskan usaha memperkukuh persefahaman melalui perkongsian idea dan pandangan bagi merancang inisiatif berkaitan pembangunan ilmu, budaya, warisan dan komuniti. Kerjasama ini diharap dapat menghasilkan program yang memberi nilai tambah kepada masyarakat dan Negeri Perak.

Delegasi turut mengadakan lawatan ke Galeri Khazanah Negeri Perak dan Galeri Perak Kite bagi meninjau koleksi serta pameran yang mencerminkan identiti dan sejarah negeri.

PPANPk yakin kerjasama strategik ini akan membuka lebih banyak peluang pelaksanaan program berimpak tinggi, sekali gus menyokong pembangunan ilmu, budaya, warisan dan kesejahteraan komuniti di Negeri Perak.