Tazkirah Santai : Isu Cabaran Wanita Masa Kini

IPOH, 13 APRIL 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak menganjurkan tazkirah santai dengan tajuk Isu Cabaran Wanita Masa Kini. Program ini merupakan satu perkongsian ilmu bagaimana wanita menghadapi cabaran dengan menjadikan ayat Al-Quran sebagai rujukan di dalam kehidupan. Program ini diadakan di bilik tayangan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan seramai 25 orang yang terdiri daripada guru-guru dan Pegawai Pejabat Tanah Daerah Kinta terlibat dalam program yang dijalankan.

Hadir sama, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Kinta, Puan Azizah Salleh.