TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET ALIH KERAJAAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan tiga (3) sesi bagi Taklimat Pengurusan Kewangan dan Aset Alih Kerajaan pada 16,9 dan 22 November 2022 untuk semua kakitangan perkhidmatan perpustakaan di negeri Perak mengikut daerah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kakitangan berkaitan perihal pengurusan kewangan dan aset alih kerajaan jabatan dalam erti kata lain ‘membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’. Taklimat Pengurusan Kewangan telah disampaikan oleh Ketua Unit Kewangan, Pn. Syazwani Bt Wazirruddin manakala Taklimat Pengurusan Aset Alih Kerajaan telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Aset dan Selenggara, Pn. Mahani Bt Haji Abdul Hamid. Berikut adalah jadual taklimat berkenaan.

 

Tarikh

Tempat

Daerah

Jumlah Perpustakaan

Bilangan Peserta

16 November 2022

Hotel Grand Baron, Taiping

Larut Matang &Selama dan Kuala Kangsar

30

36

9 November 2022

Hotel Rivertel, Teluk Intan

Hilir Perak, Perak Tengah dan Manjung

19

27

22 November 2022

Travelodge, Ipoh

Kinta

15

17