TAEKWONDO @ PPANPk

IPOH – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dengan kerjasama Warriors Speed Power Taekwondo Club (WTF) telah menganjurkan program Taekwondo @ PPANPk bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Program ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi dan telah melibatkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan terapi dalam seni taekwondo, meningkatkan keyakinan diri, dan menggalakkan aktiviti fizikal kepada peserta kanak-kanak yang terlibat disamping dapat mengekalkan kecergasan badan dan kecergasan minda.

Program ini dipimpin oleh kakitangan perpustakaan yang juga merupakan jurulatih Taekwondo iaitu Encik Mohd Hazrin bin Mohd Tajudin.