SINERGI STRATEGIK: PPANPk TERIMA KUNJUNGAN USAHAWAN BNI DINAMO

IPOH, 26 Mei – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menerima kunjungan hormat daripada 12 usahawan pelbagai industri di bawah BNI Dinamo bagi meneroka peluang kolaborasi strategik.

Program dimulakan dengan aktiviti lawatan berpandu bagi memperkenalkan fasiliti moden dan ruang komuniti yang disediakan di PPANPk. Selesai lawatan, sesi diteruskan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Pengarah PPANPk dan Presiden BNI Dinamo.

Pertemuan seterusnya diisi dengan taklimat perkhidmatan PPANPk serta sesi perkenalan dinamik, di mana setiap usahawan diberi ruang untuk membentangkan profil perniagaan masing-masing. Perbincangan dua hala ini membuka ruang yang luas untuk sinergi sektor awam dan swasta pada masa hadapan.

Terima kasih BNI Dinamo atas kunjungan ini. Semoga jalinan ini membawa impak positif kepada komuniti dan sosioekonomi negeri Perak.