RETREAT PELAN STRATEGIK PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

PULAU PANGKOR, 01 – 03 Februari 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Retreat Pelan Strategik PPANPk bertempat di Avi Pangkor Beach Resort dan telah melibatkan seramai 23 orang pegawai PPANPk.

Retreat yang dijalankan selama tiga (3) hari dua (2) malam ini adalah bertujuan untuk merancang pelan strategik PPANPk bagi tahun 2023-2026 yang dapat menjadi panduan dalam menetapkan hala tuju pengurusan PPANPk. Selain itu, adalah bertujuan untuk memahami kepentingan komunikasi berkesan antara pegawai dan kakitangan bagi membina pasukan PPANPk yang efisien.

Antara pengisian program adalah, Community Service Responsibility (CSR)@PAC Pulau Pangkor, Personality Reflection, Jungle Trekking, Hala Tuju PPANPk, Penambahbaikan Piagam Pelanggan, Pembentangan Pelan Anti Rasuah PPANPk (OACP), dan Pengenalan Sasaran Kerja Utama@SKU.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah binti Abdul Aziz.