READING IS DELICIOUS

BATU GAJAH, 13 DISEMBER 2022 – Dengan mempertengahkan tema “Reading is Delicious”, Program Gerakan Membaca@Perpustakaan telah dianjurkan bersama dengan Puspanita Daerah Kinta  bertempat di Perpustakaan Awam Batu Gajah. Seramai 150 orang pengunjung dan 90 orang peserta yang terlibat menyertai program yang dijalankan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan Perpustakaan Awam Batu Gajah sekaligus menjadikan perpustakaan sebagai destinasi seronok membaca dan pencarian maklumat untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Antara pengisian program adalah Ceramah Kesihatan Kesedaran dan Pencegahan Kanser Servik dan Payudara yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan UD52, Dr Ruziah Binti Muhamad, Treasure Hunt, Kolaj, Teka mukasurat buku, Kuiz Roda Ilmu dan Sejenak Membaca.

Hadir sama Tuan Pegawai Daerah Kinta,Tuan Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik, Pengerusi Puspanita Daerah LT Kol Dr Maizatul Azua Binti Mohd Ali Kasa, Pengerusi BAKAT 91 GOP Puan Nurul Ain Bt Abdul Rahim, dan Wakil Pengerusi PERKEP Nor Husniza Bt Husin.