PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

IPOH, 30 November 2022– Perpustakaan Kanak-kanak, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Program sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2022 bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perak. Program ini bertujuan untuk meraikan dan memeriahkan Sambutan Hari Kanak-kanak yang di sambut di seluruh dunia setiap tahun.

Seramai 250 orang pengunjung dan 200 orang peserta yang terdiri daripada Tadika di Daerah Kinta dan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam telah menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan. Antara pengisian program yang menarik adalah bengkel kreatif bersama bugsy kidz, pertandingan hide and seek puzzle: pantas menyelesaikan soalan, info hunt: kenali perpustakaan kesayangan anda, play with alphabet: mengeja pantas, dan roda ilmu perpustakaan. Di akhir  program kanak-kanak telah diraikan dengan satu persembahan khas Mini Orchestra  daripada Sekolah Kebangsaan Tambun.