PROGRAM KELUARGA MALAYSIA @ PERPUSTAKAAN

IPOH, 01 Oktober 2022- Seramai 498 orang pengunjung dan 233 orang peserta telah menyertai Program Keluarga Malaysia @ Perpustakaan Tahun 2022 di Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri. Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mengunjungi perpustakaan disamping memberi pendedahan kepada orang awam khususnya bagi penduduk Daerah Kinta tentang aktiviti galakguna perpustakaan, kepentingan pembudayaan pembacaan, dan penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat selain menggunakan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Negeri. Antara pengisian program ialah Zumba @ Library, Pertandingan Bowling Kelapa, Demo kraftangan dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, Pertandingan Mereka Cipta Buku Mini/Flip Book : Tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Tayangan Animasi Kanak-Kanak, Pertandingan Hiasan Pulut Kuning yang bertemakan Keluarga Malaysia, Pertandingan Keluarga Malaysia Kreatif, Roda Ilmu, Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Kolaj, Hide And Seek Puzle dan Persembahan Bicara Berirama. Selain itu terdapat juga pameran dari agensi-agensi luar iaitu AADK, Tourism Perak, KPKT, PTPTN, dan Kraftangan Malaysia. Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi setiap aktiviti.