PROGRAM GERAKAN MEMBACA @ PERPUSTAKAAN DESA FELDA BERSIA 2022

GERIK 03 Disember 2022- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Program Gerakan Membaca@Perpustakaan Desa Felda Bersia yang bertempat di Perpustakaan Desa Felda Bersia, Gerik. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Peneroka Felda Bersia, Ybhg. Encik Mohd Fadzil Bin Jaafar Sidek. Seramai 232 orang pengunjung dan 152 orang peserta telah menyertai aktiviti yang dijalankan.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan peranan Perpustakaan Desa Felda Bersia dalam mempromosikan perkhidmatan penyampaian maklumat kepada masyarakat disamping dapat mengaktifkan kunjungan orang awam di Perkhidmatan Perpustakaan Desa Felda Bersia.

Antara pengisian program adalah Ceramah Kesihaan Mental yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Felda Bersia, Dr. Thong Yung Hong, Pameran Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Daerah, Pameran Perpustakaan Bergerak Multimedia, Info Hunt, Pertandingan Menu Sihat Ibu Anak, Pertandingan Hide and Seek Puzzle, Perkhidmatan Perpustakaan Multimedia PPANPK, Roda Ilmu, Science Corner - Balloon car, Pertandingan Memori Game dan Pembaca Terbanyak (Kategori Dewasa, Remaja. Dan Kanak-kanak).

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Jamilah Binti Zakaria dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz.