PROGRAM CUTI SEKOLAH MINI TREASURE HUNT/ KUIZ @ PERPUSTAKAAN AWAM BATU GAJAH

BATU GAJAH, 11 MAC 2023- Program Cuti Sekolah Mini Treasure Hunt dan Kuiz telah diadakan di Perpustakaan Awam Cawangan Batu Gajah. Program  ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pelindung Kanak-kanak dengan Perpustakaan Awam Cawangan Batu Gajah. Seramai 75 orang pengunjung dan 33 orang peserta yang terlibat menyertai program yang dijalankan. Program ini turut menguji ketangkasan, kepimpinan dan semangat kerjasama dikalangan para peserta disamping menjadikan perpustakaan sebagai sumber informasi dan pembelajaran sepanjang hayat.