PROGRAM 3R (READ, RECORD & REWARD)@PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN DATO' SERI HUSNI, CHEMOR

Ipoh, 21 jun 2023-Rakan strategik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) iaitu Mimbar Nusantara Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan Program 3R (Read, Record & Reward)@Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni, Chemor. Sebanyak 12 buah sekolah di sekitar Chemor telah dijemput untuk menyertai program ini.

Program 3R ini telah dilancarkan oleh YB Tuan Khairuddin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada 21 Jun 2023 (Rabu) di Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni, Chemor.

Turut serta hadir ke majlis  Puan Rafidah Binti Abdul Aziz (Pengarah, PPANPk), Encik Nazrin Cheong Bin Abdullah dan Puan Azrina Binti Abd Latif (Pengarah Urusan Mimbar Nusantara Holdings Sdn Bhd), Encik Mohd Hairul Amir Bin Sabri (Pegawai Khas Kanan ADUN Parlimen Tambun) dan Puan Haniza Binti Subari (TImbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara).

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya dan amalan membaca di kalangan anak-anak sekaligus melahirkan generasi berilmu dan berjaya.