PROGRAM JOM BACA@CHADAK

IPOH ,6 September 2023-Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah turut serta sebagai agensi bekerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia dalam penganjuran Program Jom Baca@Chadak yang diadakan pada 03 September hingga 04 September 2023. Seramai 500 orang pengunjung dari masyarakat orang asal Kampung Chadak dan penduduk sekitar telah menghadiri program ini. Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan. Antaranya ialah pameran agensi, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Puan Norihan binti Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Perpaduan Negara. Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai satu langkah awal ke arah memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat orang asal Kampung Chadak.

Hadir sama, Puan Salasiah binti Abdul Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia; Tuan Haji Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta; Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Encik Mohd Farizal Bin Mohd Zakhir, Pegawai Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Kinta.