PROGRAM BERSAMA PERPUSTAKAAN BERGERAK @ SK MANJOI DUA

IPOH, 25 November 2022– Perpustakaan Bergerak Multimedia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah dijemput dalam menjayakan Program  Perpustakaan Bergerak @Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh. Seramai 300 orang murid teruja dengan perkhidmatan perpustakaan bergerak yang disediakan serta menyertai program promosi perkhidmatan dan galakan membaca perpustakaan.

Antara pengisian program adalah pertandingan kuiz tahap 1 & 2, permainan hide & seek bersama pelajar, pertandingan catur amatur Tahap 2, dan mempromosi platform pangkalan data Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.