PERHIMPUNAN BULANAN BIL.1/2023 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK (PPANPk)

IPOH, 09 Mac 2023 – Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bil.1/2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) yang telah dihadiri oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Ketua-ketua bahagian serta seluruh warga kerja PPANPk. Antara intipati utama Perhimpunan Bulanan diadakan ialah penyampaian amanat daripada YB Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia oleh Pengarah PPANPk. Perhimpunan ini telah dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian yang melibatkan seramai 155 orang kakitangan yang hadir bagi mendengar ucapan Pengarah. Melalui ucapan beliau, turut dimaklumkan perancangan dan perlaksanaan program dan aktiviti PPANPk yang bakal dilaksanakan secara menyeluruh kepada kakitangan dan masyarakat bagi tahun 2023. Di samping itu, dengan adanya Perhimpunan Bulanan ini silaturrahim di kalangan warga kerja PPANPk juga akan terjalin erat.