PPANPk SERLAH SEMANGAT PATRIOTISME DALAM PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KE-69

IPOH, 31 Ogos 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) turut memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di hadapan Dewan Bandaran Ipoh.

PPANPk menyertai perarakan dengan membawa dua Perpustakaan Bergerak Multimedia dan sebuah Van Perpustakaan Digital, disertai 10 orang kakitangan.

Penyertaan ini bukan sekadar perarakan, malah membawa mesej “Akses Digital, Ilmu Tanpa Batas”, sebagai simbol komitmen PPANPk untuk mendekatkan ilmu, teknologi dan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat.

PPANPk merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah menjayakan penyertaan ini dengan penuh semangat, kerjasama dan patriotisme.