PAMERAN ADAT MELAYU NEGERI PERAK

TELUK INTAN, 15 MEI 2024 – Program Pameran Adat Melayu Negeri Perak telah dikunjungi seramai 250 orang pengunjung terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi, IPTA / IPTS, guru-guru, pelajar dan orang perseorangan di Daerah Hilir Perak.

Yang Berbahagia Tuan Zairul Akmal Bin Kasim, P.M.P., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup “Program Pameran Adat Melayu Negeri Perak”.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) mengucapkan terima kasih di atas kesudian kehadiran bagi memeriahkan lagi program ini antaranya

• Encik Mohammad Syahmi bin Sazali, Pegawai Perpaduan Daerah, Jabatan Perpaduan Daerah Hilir Perak

• En. Nor Heazi Aswal Bin Hj. Norbani, Pegawai KEMAS Daerah, Pejabat KEMAS Teluk Intan

• En Mohd Shahidin bin Mohamed Nor, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak

• Haji Jamil bin Mohd Sapri, AMP, PPT, Pegawai Tadbir Agama Islam Hilir Perak

• Puan Zalela@Nurlaila Abdul Azid, Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak

• Puan Najmiah binti Hanafi, Ketua Daerah, AADK Daerah Hilir Perak

• Puan Nurul Farahdiana Binti Md Saad, IPD Hilir Perak

• Encik Otsman bin Ahamed Khatidin, Pengarah Kolej Vokasional

• Puan Nooraziah binti Shaharudin, Pegawai Khidmat Pelanggan Kolej Komuniti

• Encik Baharudin bin Mohd Inar, Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz

• Puan Maslina Binti Mahmud, PK Hem Pentadbiran SMK Convent

• Puan Suriati Binti Mohd Sidi, Pengetua SMK Rahman Talib

• Encik HJ Amir Bin Kamarudin, Pengetua SMK Raja Muda Musa

• Puan Fatizah binti Shapie, PK Pentadbiran SK Sultan Abdul Aziz

• Puan Suhana binti Kamaruddin, Guru Besar SRITI Al-Falah Taman Melor

• Puan R.Ganesan, Guru Besar SJK (T) Sithambaram Pillay

• Puan Kamarul Izam bin Abdul Kadir, Guru Besar SK Tebok Banjar

• Encik Ng Yew Cheong, Guru Besar SK Horley Methodist

• Encik Muhammad Nazrin Bin Mohamad Suhaimi Persatuan Warisan Perak

Peribahasa Melayu, "Biar mati anak, jangan mati adat," menggambarkan betapa pentingnya adat dalam masyarakat Melayu. Peribahasa ini merujuk kepada falsafah masyarakat Melayu yang berpendapat bahawa adat adalah penting untuk masyarakat dan harus dikekalkan tanpa mengira perubahan kerana ia boleh membentuk dan mencerminkan keperibadian setiap orang dan menjadi identiti bagi masyarakat kaum.

Tujuan Program Pameran Adat Melayu Negeri Perak adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan adat masyarakat Melayu dan meningkatkan pemahaman orang ramai tentangnya. Selain itu, secara tidak langsung menggalakkan dan mengekalkan adat Melayu. Makanan Melayu tradisional seperti kuih limas, putu perak, kalkatar, nasi lemuni, punten, dan wadai kipeng juga dipamerkan. Pengunjung juga mempunyai peluang untuk merasai sendiri makanan-makanan tersebut.

Selain itu, beberapa demo dan persembahan juga turut dipertontonkan kepada pengunjung. Antaranya

Demo lipatan tengkolok

Demo sirih junjung dan tepak sirih

Demo gubahan nasi manis / wajik

Demo berinai menggunakan daun inai

Persembahan marhaban / berzanji