Program Sembang Santai “Sutradara Mamat Khalid : Dalam Kenangan”

IPOH, 26 Julai 2023 – Unit Kolesi Khazanah Negeri Perak, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Program Sembang Santai “Sutradara Mamat Khalid : Dalam Kenangan” 2023 bertempat di Ruang Legar, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Program ini bertujuan mengangkat Ikon Perfileman Malaysia, Mamat Khalid anak kelahiran negeri Perak dengan lebih dekat.  Penganjuran program ini juga bertujuan mengubah stigma masyarakat terhadap perpustakaan, iaitu sebagai tempat membaca dan buku sahaja, tetapi ia juga sebagai tempat yang dapat melakukan pelbagai aktiviti, termasuk program berkaitan seni, sekali gus dapat mempergiat dan memartabatkan seni yang juga sebagai tarikan pelancongan negeri Perak, menarik minat dan melahirkan ramai seniman yang menghasilkan karya terutamanya kepada generasi muda dan merapatkan hubungan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan agensi, persatuan, IPTA /IPTS, badan bukan kerajaan (NGO), dan orang perseorangan serta komuniti dalam menganjurkan program yang memberi impak kepada masyarakat.

Program ini telah menarik minat ramai dengan menampilkan tiga orang panel iaitu anak kepada arwah Mamat Khalid, Pengarah Enjit-enjit Semut Motion Picture, Encik Mohd Khalid Amen bin Mohamad, Penulis /Pengkritik Filem, Encik Hassan bin Abd Muthalib dan Pelakon dan Bintang Paling Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023, Encik Ngasrizal bin Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri.

Disamping itu, kepada orang ramai dan khususnya peminat Mamat Khalid bolehlah datang beramai-ramai ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak bagi melawati Pameran “Sutradara Mamat Khalid : Dalam Kenangan” 2023 di Ruang Legar, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang berlangsung dari 24 Julai sehingga 12 Ogos 2023 ini dari jam 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Sabtu).