MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YB PENGERUSI & YB TIMBALAN PENGERUSI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 21 FEBRUARI 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama YB Pengerusi dan YB Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang baharu bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perak. Seramai 70 orang kakitangan PPANPk telah menyertai majlis ini.

Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan YB Puan Salina Binti Samsudin ADUN Behrang merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak kepada kakitangan PPANPk

Dalam majlis tersebut, YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah dan YB Puan Salina Binti Samsudin juga meluangkan masa bersuai kenal bersama warga PPANPk.