PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN MULTIMEDIA@SM. RAJA DR NAZRIN KAMPUNG GAJAH

KAMPUNG GAJAH, 4 Februari 2023 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menerima jemputan bagi menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan Multimedia bersempena Hari Koperasi Sekolah yang bertempat di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah. Seramai 400 orang pengunjung dan 250 orang peserta telah menyertai aktiviti yang dijalankan.

Program ini bertujuan menyediakan dan memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Multimedia disamping melaksanakan aktiviti yang menarik kepada pelajar sekolah. Di antara pengisian program adalah pameran perkhidmatan perpustakaan multimedia, promosi perpustakaan, promosi pangkalan data, kuiz Roda Ilmu, Hide And Seek Puzzle dan Play With Alphabet.