MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PPANPk BIL. 3/2025 RANCANG STRATEGI BUDAYA MEMBACA

IPOH, 16 OKTOBER 2025 – Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) Bil. 3/2025 telah bersidang dengan jayanya di Impiana Hotel Ipoh. Mesyuarat ini memfokuskan kepada strategi PPANPk untuk memperkasakan budaya membaca dan memperluas capaian ilmu di seluruh Negeri Perak.

PPANPk merakamkan penghargaan atas komitmen semua ahli yang hadir. Tahniah diucapkan kepada tiga (3) Ahli Lembaga Pengarah yang baharu dilantik, iaitu Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, dan Pengurus Besar Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd. (P.O.R.T Ipoh).

Turut diucapkan tahniah kepada semua ahli yang dilantik semula, termasuk Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh, YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan, YDP Majlis Daerah Selama dan YDP Majlis Daerah Perak Tengah. Diharapkan kepimpinan bersama ini akan terus menyumbang kepada pembangunan perpustakaan dan masyarakat.

Pada hari ini juga, PPANPk meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran YB Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi PPANPk. Semoga YB dikurniakan kesihatan dan kekuatan berterusan dalam memimpin.