KONTINJEN PPANPk SERTAI KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA KALI KE-26.

KUANTAN, 13 Oktober 2026 - Lima hari yang penuh dengan ilmu, pengalaman dan kenangan! Penyertaan kontinjen PPANPk ke Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26 di Kuantan, Pahang, dari 9 hingga 13 Oktober 2026 bukan sekadar menyertai acara, malah menjadi ruang mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga perpustakaan.


Konvensyen anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) ini menghimpunkan 857 peserta daripada 17 kontinjen seluruh Malaysia. Majlis perasmian pada 9 Oktober 2026 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, mewakili YAB Menteri Besar Pahang.


Bertemakan “Gedung Ilmu, Rodong Masyarakat”, pelbagai pengisian menarik telah berlangsung, termasuk seminar, perkongsian ilmu, pameran, jualan serta aktiviti sukan dan rekreasi. Para peserta turut berpeluang meneroka keunikan Kuantan melalui lawatan ke MOCA, Menara 188, Serambi Teruntum dan PASAS.


Pengalaman ini pastinya membawa pulang lebih daripada sekadar kenangan. Setiap perkongsian dan pertemuan menjadi peluang untuk menimba inspirasi, membina jaringan kerjasama serta mencetuskan idea baharu bagi memperkasa perkhidmatan perpustakaan.


Terima kasih, Pahang atas layanan dan kenangan yang bermakna! Tahniah kepada seluruh kontinjen PPANPk atas komitmen dan semangat yang dibawa sepanjang konvensyen ini.