LAWATAN KNOWLEDGE SHARING PPANPk KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU DAN KELANTAN

24-26 Oktober 2023 -Seramai 44 orang kakitangan dan pegawai PPANPk telah mengadakan Lawatan Knowledge Sharing ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Kelantan. Perlaksanaan program ini adalah berkonsepkan sesi perkongsian ilmu selain daripada lawatan ke perpustakaan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut YBrs. Pengarah PPANPk, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz dan Pustakawan PPANPk, Puan Junaimi Binti Abdul Moin.

Delegasi lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah disambut oleh Cik Khomzah binti Sheikh Ahmad serta Pegawai dan kakitangan .

Terdahulu, YBrs. Pengarah dan delegasi juga hadir Pesta Buku Darulnaim 2023 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan bertempat di Mydin Mall Tunjong Kota Baharu. Ketibaan kami disambut oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Encik Mohd Shamsul Baharin bin Isa serta Pegawai dan kakitangan.