KELAS TEATER KANAK-KANAK PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH 25 FEBRUARI 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Kelas Teater Kanak-kanak bagi sepuluh (10) sesi pada setiap hari sabtu bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perak. Program ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun.

Program ini bertujuan untuk membina keyakinan kepada kanak-kanak untuk menghasilkan lakonan yang kreatif dan berkualiti disamping dapat meningkatkan kemahiran asas lakonan melalui teater.

Antara pengisian program adalah asas gerak teater, permainan teater, asas vokal, bercerita, asas lakonan, olah tubuh dan pelbagai lagi.

Kelas teater ini dipimpin oleh Encik Nazarul Amin Bin Mohd Nasir juga merupakan Jurulatih Seni Budaya Negara Bidang Teater.