KARNIVAL CAKNA BUDAYA@PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 21 OKTOBER 2022 – Seramai 250 orang pengunjung perpustakaan telah menyertai Karnival Cakna Budaya@Perpustakaan bertempat di Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Kangsar. Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mengunjungi perpustakaan disamping memberi pendedahan kepada orang awam khususnya penduduk Kuala Kangsar tentang aktiviti galakguna perpustakaan.

Antara pengisian program yang menarik pengunjung perpustakaan hadir dan menyertai karnival berkenaan adalah seperti Pameran Seni dan Demonstrasi Kraf, Pertandingan Pakaian Beragam Busana Melayu, Senam Ria Orang Kuale, Persembahan Rebana Perak, Pertandingan Masakan Rendang Pedas Ayam, Pertandingan Canting Batik Keluargaku Bahagia, dan pelbagai lagi acara untuk masyarakat di Kuala Kangsar. Disamping itu, terdapat juga gerai jualan yang terdiri daripada usahawan di bawah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Kangsar.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Yang Berhormat Datuk Mastura Binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah binti Abdul Aziz dan Penghulu Kanan Tertinggi Daerah Kuala Kangsar, Encik Nor Shamsul Bin Mustafa Kamal.