Program Santai Dan Hari Terbuka Perpustakaan Desa Parit

Program Santai Dan Hari Terbuka Perpustakaan Desa Parit telah diadakan pada 8 Julai 2023 (Sabtu). Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan diiringi oleh Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Seramai lebih kurang 250 orang pengunjung yang hadir menyertai pelbagai aktiviti dan turut sama memeriahkan program. Turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi iaitu Klinik Kesihatan Daerah Perak Tengah, Pusat Ekonomi Digital, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak Tengah, PPDK Mawaddah Parit sera jualan PKS Parit.