HARI TERBUKA @ PERPUSTAKAAN DESA CEGAR BIDOR

Bidor, 27 April 2024- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah mengadakan Hari Terbuka @ Perpustakaan Desa Cegar Bidor bertempat di KG.Cegar Bidor , Perak. Program telah di rasmikan oleh Tuan Ahmad Redhauddin Bin Ahmad Shokori Pegawai Daerah Batang Padang. Seramai 150 orang terdiri dari kanak-kanak, remaja dan dewasa dari penduduk setempat telah menyertai program ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Membuat Kraf @ Origami, Demo dan Pertandingan Anyaman Ketupat, Infohunt “Tempat-tempat Menarik Daerah Batang Padang dan Pameran Booth daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi

Tujuan Hari Terbuka @ Perpustakaan Desa Cegar Bidor diadakan untuk mempromosi perkhidmatan dan mengaktifkan kunjungan pengguna ke Perpustakaan Desa Cegar Bidor. Selain itu, untuk menarik minat penduduk setempat untuk bersama-sama menjadikan perpustakaan sebagai tempat beriadah.

Hadir sama, Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Encik Ahmad Fahmie bin Othman, Penghulu Mukim Bidor dan Mohd Fazli bin Samin, Pengurusi Taman Bidor Botani.