PENGLIBATAN PPANPk DI PESTA BUKU ASEAN PULAU PINANG 2026
PULAU PINANG, 6 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menyertai Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang 2026 menerusi penglibatan di reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia pada 6 Julai 2026. Pesta Buku Asean Pulau Pinang telah dijalankan di Penang Waterfront Convention Centre dari 3 hingga 6 Julai 2026.
Penyertaan ini merupakan platform untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan awam, memperkukuh jaringan kerjasama antara perpustakaan negeri serta mengetengahkan peranan perpustakaan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat berilmu dan pembudayaan amalan membaca.
Dalam penganjuran tersebut, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput sebagai panel dalam slot Program Biblioterapi: Terokai Diri dan Emosi, yang memberi pendedahan mengenai peranan bahan bacaan sebagai medium membantu individu memahami, mengurus dan memperkasa emosi ke arah kesejahteraan diri.
Sebagai tanda kenang-kenangan, PPANPk telah menyampaikan cenderamata kepada Tun Dato' Seri Utama Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, bersempena Majlis Penutupan Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang 2026.
PPANPk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang atas kejayaan menganjurkan Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang 2026. Semoga penganjuran ini terus menjadi platform yang memperkukuh jaringan kerjasama antara perpustakaan, memperkasakan budaya membaca serta menyemarakkan pembangunan ilmu dalam kalangan masyarakat.





















































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





