BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

IPOH, 20-21 FEBRUARI 2024- Seramai 78 orang kakitangan dan pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Perpustakaan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Hotel Tower Regency & Apartments. Bengkel ini melibatkan kakitangan yang berkhidmat di Perpustakaan Awam Cawangan Utama, Perpustakaan Awam Cawangan, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa di seluruh negeri Perak.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat mengenai peningkatan prestasi dan pengukuhan pengurusan kerja serta memberi bimbingan dan panduan mengenai pengurusan perkhidmatan perpustakaan. Jemputan penceramah adalah daripada LPPKN dan perkongsian Ilmu daripada Penyelia Perpustakaan Desa, Perpustakaan Negara Malaysia. Taklimat perkhidmatan perpustakaan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, Puan Wirda Lisa @ Hanim Dalina binti Mohd Arsad.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah binti Abdul Aziz.