PROGRAM PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK MELALUI KIT READING SEEDS

Ipoh, 1 Jun 2023- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Program Perkembangan Pendidikan Awal Kanak Kanak Melalui Kit Reading Seeds pada 1 Jun 2023 (Khamis) bertempat di MH Hotel, Ipoh . Seramai 120 orang peserta terdiri daripada Pengusaha dan Guru-Guru Taska Perak telah menyertai program ini .

Program Perkembangan Pendidikan Awal Kanak Kanak Melalui Kit Reading Seeds ini merupakan satu program literasi perkembangan awal kanak-kanak menggunakan Kit Reading Seeds bermula dari peringkat bayi berumur 0-3 tahun. Program Pengukuhan Reading Seeds ini adalah salah satu usaha kerjasama bersama rakan strategik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Persatuan Taska Perak.

Dengan penganjuran program ini diharap dapat mengukuhkan lagi pengetahuan peserta tentang penggunaan Kit Reading Seeds terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.