PPANPk RAIH EMPAT ANUGERAH PENGHARGAAN KPI 2025
IPOH, 15 Januari 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tahun 2025 yang ditetapkan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, sebagaimana diumumkan dalam Mesyuarat Pemantauan KPI Pengurusan di bawah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil. 1/2026.
Dalam mesyuarat tersebut, PPANPk telah menerima empat (4) Anugerah Penghargaan, iaitu Penghargaan Peratus Penyelesaian Isu Tertinggi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) 2025, Penghargaan Komitmen dan Kerjasama Menyelesaikan Aduan Awam melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) 2025, Penghargaan Pematuhan Kriteria Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK) 2025 serta Penghargaan Pengauditan Nilai 2025 melalui Sistem Pengauditan Nilai (SPAN 2.0).
Pencapaian ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan integriti seluruh warga PPANPk serta diharapkan menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh profesionalisme dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.




























































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





