BENGKEL PENGKATALOGAN, PENGKELASAN DAN RESOURCE DESCRIPTION & ACCESS (RDA) 2025
IPOH, 19 - 21 Ogos 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Bengkel Pengkatalogan, Pengkelasan dan Resource Description and Access (RDA). Bengkel ini telah dilaksanakan di Hub Inovasi & Multimedia (HiM), Pasaraya Mydin Meru Raya, Ipoh. Bengkel ini meliputi bidang asas pengkatalogan iaitu RDA, Library of Congress Subject Heading (LCSH) dan Dewey Decimal Classification (DDC) yang merupakan nadi utama bidang kepustakawanan dalam mengkatalog bahan perpustakaan bagi tujuan memudahkan pengguna perpustakaan mengakses bahan yang disediakan.
Setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Amy Zurina Abdullah dan Puan Nur Alia Shakila Ruslan, kedua-duanya Pustakawan dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) atas ceramah dan perkongsian ilmu yang disampaikan. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dari pelbagai institusi dan perpustakaan awam atas sokongan kerana telah menjayakan bengkel ini. Turut hadir pada hari terakhir ialah Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk bagi meraikan para peserta serta penceramah.
Semoga bengkel ini memberi nilai tambah kepada para peserta dalam meningkatkan kualiti dan kemahiran dalam pengkatalogan yang menjadi asas utama kepada bidang kepustakawanan.