Perhimpunan Bulanan Bil 1/2024

IPOH, 6 FEBRUARI 2024- Perhimpunan Bulanan Bil.1/2024 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah diadakan bertempat di Hotel Symphony Suites Ipoh. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh YBrs. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Ketua-ketua Bahagian serta seluruh warga kerja PPANPk. Antara intipati utama Perhimpunan Bulanan diadakan ialah perkembangan terkini mengenai status terkini Perpustakaan Awam Negeri, perancangan penjenamaan semula PPANPk, pembangunan kakitangan dan matlamat yang perlu dicapai bagi tahun 2024 yang di sampaikan oleh YBrs. Pengarah PPANPk. Perhimpunan ini telah dilaksanakan secara bersemuka yang melibatkan seramai 147 orang kakitangan yang hadir bagi mendengar ucapan beliau. Di sebelah petang, berlangsungnya Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Wirda Lisa@ Hanim Dalina Binti Mohd Arsad selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat. Dalam taklimat tersebut beliau telah membentangkan pencapaian statistik perkhidmatan perpustakaan sepanjang tahun 2023 dan perancangan bagi tahun 2024.