PPANPk MENJELASKAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN SEMULA PEGAWAI KONTRAK

IPOH, 16 Mei 2025– Taklimat Garis Panduan Pelantikan Semula Pegawai Lantikan Kontrak telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat PPANPk dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Junaimi binti Abdul Moin, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, PPANPk. Beliau telah menjelaskan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang melibatkan pegawai lantikan kontrak.

Antara perkara yang dihuraikan termasuklah syarat pelantikan ke dalam skim perkhidmatan Gred 1 yang menetapkan kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta bilangan subjek teras yang perlu dipenuhi.

Para peserta turut diberi penerangan terperinci mengenai garis panduan pelantikan semula pegawai lantikan kontrak khusus bagi PPANPk dalam memastikan urusan pelantikan dilaksanakan secara tersusun dan selaras dengan ketetapan semasa.

Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta mengemukakan pertanyaan serta mendapatkan pencerahan lanjut berkaitan hal ehwal pelantikan kontrak di jabatan ini.

Taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pegawai lantikan kontrak terhadap dasar dan tatacara semasa, seterusnya memperkukuh pengurusan sumber manusia di PPANPk.