PELANCARAN BULAN BAHASA & PERASMIAN PERPUSTAKAAN ARIF HIKMAT SK TARCISIAN CONVENT

IPOH, 5 Mei 2025 – SK Tarcisian Convent telah menjemput Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), YBhg. Puan Rafidah binti Abdul Aziz untuk menyempurnakan pelancaran bulan bahasa dan seterusnya merasmikan Perpustakaan Arif Hikmat. Puan Rafidah dalam ucapannya mengalu-alukan kerjasama antara sekolah bersama PPANPk dalam penganjuran aktiviti mahu pun khidmat nasihat memperkasakan fungsi perpustakaan di sekolah. Tahniah diucapkan kepada guru besar dan barisan warga kerja sekolah kerana telah menyediakan prasarana perpustakaan yang sangat kondusif.