PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK DI PROGRAM WALAFIAT INSAN SIHAT SEJAHTERA MADANI BERSAMA KOMUNITI MASJID AN-NUR, KAMPAR, PERAK
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak telah dijemput untuk turut serta dalam Program Walafiat Insan Sihat Sejahtera Madani pada 4 Oktober 2025. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di perkarangan Masjid An-Nur, Kampar, Perak.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Permainan Robotik, Sesi Pengenalan U-Pustaka, serta Perkhidmatan Membaca Secara Dalam Talian (Boox Note). Program ini turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kaunter Zakat Perak, dan Tabung Haji. Program ini turut menerima kunjungan hormat daripada Orang Besar Jajahan Kampar, Encik Azman bin Dato’ Seri Yeop Junior.
Terima kasih diucapkan atas jemputan serta sambutan mesra daripada para pengunjung sepanjang program berlangsung.