PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI DAN DIGITAL TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN DARIPADA MASYARAKAT

IPOH, 1 Ogos 2026 - Perpustakaan Awam Negeri Dan Digital Perak terus menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat sejak pembukaan semula perkhidmatannya.

Kehadiran pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar, ibu bapa, golongan dewasa dan warga emas jelas membuktikan bahawa perpustakaan kekal relevan sebagai pusat ilmu, pembelajaran sepanjang hayat dan ruang komuniti yang kondusif.

Pelbagai kemudahan dan ruang yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung, termasuk ruang kanak-kanak, ruang bacaan, bilik perbincangan, sudut pembelajaran serta kemudahan lain yang menyokong aktiviti pembelajaran, pembacaan dan interaksi komuniti.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti, inklusif dan mesra pengguna demi memenuhi keperluan masyarakat selaras dengan usaha membudayakan ilmu, memperkasakan literasi serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

PPANPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh masyarakat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga perpustakaan terus menjadi destinasi pilihan seisi keluarga untuk menimba ilmu, meneroka pengetahuan dan membina komuniti yang berinformasi.

Ayuh kunjungi Perpustakaan Awam Negeri Perak dan rasai sendiri pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam persekitaran yang moden, selesa dan kondusif.