LAWATAN RASMI YB DATO’ R. SURESH KUMAR, PEGAWAI KHAS KANAN PARLIMEN TAMBUN KE EMPAT BUAH PERPUSTAKAAN DI PARLIMEN TAMBUN
IPOH, 21 Januari 2026 – Satu lawatan rasmi telah diadakan oleh YB Dato’ R. Suresh Kumar, Pegawai Khas Kanan Parlimen Tambun, ke empat (4) buah perpustakaan di kawasan Parlimen Tambun, iaitu:
- Perpustakaan Desa Batu 6, Tambun
- Perpustakaan Masyarakat RPT Chepor
- Perpustakaan Masyarakat Taman Meru
- Perpustakaan Masyarakat Kampung Tengku Hussein
Lawatan ini bertujuan meninjau penyerahan sumbangan prasarana berupa perabot dan peralatan ICT daripada Parlimen Tambun, sebagai inisiatif memperkasa kemudahan perpustakaan serta menarik minat masyarakat untuk mengimarahkan budaya membaca dan aktiviti ilmu. Sumbangan ini memberi impak besar kepada komuniti setempat dengan menyediakan persekitaran perpustakaan yang lebih selesa, ceria, dan mesra pengguna.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Puan Wirda Lisa @ Hanim Dalina binti Mohd Arsad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, yang mewakili Pengarah PPANPk. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas sumbangan serta sokongan berterusan dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan untuk komuniti.
































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





