LAWATAN BERPANDU PENGARAH DAN KAKITANGAN GALERI KHAZANAH NEGERI, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK (PPANPk) KE MUZIUM DARUL RIDZUAN, IPOH PADA 5 MEI 2026 (SELASA)

IPOH, 5 Mei 2026 - Lawatan berpandu Pengarah dan kakitangan Galeri Khazanah Negeri, PPANPk ke Muzium Darul Ridzuan telah diadakan bagi tujuan mendapatkan pandangan dan idea info pameran di samping memperkukuhkan kerjasama serta menjadi platform perkongsian ilmu antara PPANPk dan Muzium Darul Ridzuan.

Dalam pertemuan kali ini, En. Mohamad Amir bin Mohd Dahalan, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak mengalu-alukan kehadiran Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk , dan kakitangan Galeri Khazanah Negeri yang melibatkan Puan Noor Rozita binti Osman, Puan Norlela Azimah binti Abdullah Zawawi dan Muhammad Farhan bin Hamzan. Turut memberikan keterangan berkaitan dengan info berkaitan kesultanan dan makam-makan sultan Perak Adalah En. Muhammad Soleh bin Ismail Pegawai Tadbir dari Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.

Lawatan disusuli ke pameran “Ipoh ; Segalanya Di Sini” melihat segmen-segmen info pameran berkisar tentang Sejarah bandaraya Ipoh. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati antara kedua-dua jabatan.