LAWATAN KERJA RASMI KPPA KE NEGERI PERAK: LAWATAN KE PERPUSTAKAAN KOMUNITI OAOSC BAWONG
SUNGAI SIPUT, 24 APRIL 2025- YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah turun ke Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong Sungai Siput sempena lawatan rasmi beliau ke Negeri Perak.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah melawat ke beberapa fasiliti di OAOSC Bawong termasuklah Perpustakaan Komuniti OAOSC Bawong. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan antaranya Pameran Galeri OAOSC Bawong, Handicraft Goodies Bag from Paper Cup, Demo Gubahan Mini Bouquet, Bas Bergerak Multimedia dan lain-lain.
Program ini telah menarik kehadiran hampir 200 orang pengunjung perpustakaan yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa yang turut sama memeriahkan suasana serta mengimarahkan program tersebut.
Hadir sama YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBrs. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan); YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); Encik Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Encik Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Puan Rafidah Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak