KEBERANGKATAN DYAM RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN KE MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PAMERAN JEJAK KELUMPANG: BUNGA WARISAN PERAK
KUALA KANGSAR, 17 Januari 2026 – Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Program Pameran Jejak Kelumpang: Bunga Warisan Perak.
Hadir sama menyantuni keberangkatan DYAM Tuanku ialah Yang Berusaha Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak; Yang Berusaha Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk); Yang Berhormat Toh Maharaja Indera, Dato’ Dr. Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar; Yang Berusaha Encik Azrul Sani bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Kangsar; Yang Mulia Raja Kamar Azhar bin Raja Muda Ahmed Siffudin, Pengerusi Persatuan Konservasi Samudera 9 Perak; serta Yang Berusaha Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Sebagai simbolik pelancaran, DYAM Tuanku berkenan menyempurnakan majlis dengan penanaman anak pokok kelumpang serta melawat Pameran Jejak Kelumpang: Bunga Warisan Perak selepas majlis pelancaran.
Keberangkatan dan perasmian oleh DYAM Tuanku melambangkan sokongan institusi Diraja terhadap usaha pemuliharaan warisan alam serta pendidikan masyarakat berasaskan kelestarian.
Menurut Pengarah PPANPk, “Program pameran dan pelbagai aktiviti interaktif ini bertujuan mengangkat bunga kelumpang sebagai simbol warisan negeri Perak, di samping memperkukuh peranan Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar sebagai pusat ilmu dan destinasi bibliotourism yang menawarkan pengalaman pembelajaran serta penghayatan warisan secara holistik, sekali gus memartabatkan perpustakaan sebagai destinasi pelancongan ilmu di negeri Perak Darul Ridzuan.”
Pameran ini dianjurkan oleh Persatuan Konservasi Samudera 9 Perak (Ocean 9) dengan kerjasama rakan strategik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penganjurannya berperanan sebagai platform untuk memperluas pengetahuan masyarakat mengenai nilai sejarah, kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta keistimewaan pokok kelumpang sebagai flora warisan negeri Perak.
Pameran Jejak Kelumpang: Bunga Warisan Perak berlangsung dari 20 Disember 2025 hingga 21 Januari 2026, setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar.




























































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





