PROGRAM PEMANTAPAN KERJAYA KAKITANGAN BARU PPANPk SIRI 1/2025
IPOH, 4 September 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Program Pemantapan Kerjaya Kakitangan Baru Siri 1/2025 pada 2 hingga 4 September 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia. Program ini menghimpunkan seramai 16 orang kakitangan baru daripada pelbagai bahagian dan cawangan dalam rangkaian perkhidmatan perpustakaan PPANPk.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan nilai kerja kakitangan baru PPANPk agar mereka lebih memahami tanggungjawab, mengamalkan etika profesional serta meningkatkan prestasi ke arah kecemerlangan.
Antara pengisian utama program termasuk sesi taklimat bersama pihak pengurusan, bengkel interaktif, slot motivasi dan aktiviti berkumpulan yang menekankan aspek komunikasi serta kerja berpasukan.
Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan kakitangan baru lebih bersedia, berkeyakinan dan bersemangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, seiring aspirasi PPANPk sebagai pusat ilmu dan maklumat negeri.