KUALA KANGSAR LIBRARY FEST 2026

KUALA KANGSAR, 9 Mei 2026 – Program Kuala Kangsar Library Fest 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar dengan penyertaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Jamili Bin Yeob.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya pertandingan bercerita, forum, bengkel AI untuk pendidikan, aktiviti kanak-kanak, jualan dan pameran serta persembahan khas. Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu, menggalakkan budaya membaca dan memupuk minat terhadap dunia literasi.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung, peserta, pempamer, rakan strategik, sukarelawan serta warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Diharapkan penganjuran Kuala Kangsar Library Fest akan terus menjadi platform dalam memperkukuhkan peranan perpustakaan sebagai pusat komuniti ilmu dan mengeratkan hubungan masyarakat melalui pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan dan kreativiti.