Bengkel Pengisian Program Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Tahun 2022

IPOH, 26 Ogos 2022- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dengan anjuran bersama Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan PPANPk (KREKAP) telah menganjurkan Bengkel Pengisian Program Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Tahun 2022 di Ruang Serbaguna Perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri. Bengkel ini bertujuan membuat persediaan rapi dalam menjayakan Program Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Tahun 2022 yang akan berlangsung mulai 5 hingga 10 September 2022 yang bertempat di Hotel Bayview Beach, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Antara pengisian bengkel adalah sesi Penyerahan Bendera Negeri Perak kepada Kontinjen PPANPk, Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Pasukan Kenduri Rakyat, Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Pasukan Pameran Perpustakaan, Bengkel Penyediaan Peserta Pertandingan Bercerita Rakyat (Penglipur Lara), Bengkel Penyediaan Peserta Sayembara Terampil Bicara dan Penyampaian Cenderahati kepada semua peserta kontinjen. Ketua kontijen memberi taklimat tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum ke konvensyen, dan turut memberi kata-kata semangat kepada semua peserta untuk melakukan yang terbaik bagi beroleh kecemerlangan disamping dapat menjaga nama baik dan imej jabatan. Selain daripada itu, ketua kontijen telah melantik orang yang bertanggungjawab untuk setiap acara sepanjang 6 hari program konvensyen dijalankan.