PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BERGERAK SEMPENA PROGRAM JOM BACA 10 MINIT KEMAS PARLIMEN IPOH BARAT
IPOH, 10 MEI 2025 - Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Multimedia telah dijemput menyertai Program Jom Baca 10 Minit anjuran KEMAS Parlimen Ipoh Barat yang diadakan di Pusat Sumber KEMAS, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuklah Taklimat dan Promosi Perpustakaan serta sesi Reading Starter Kids yang memperkenalkan pakej koleksi bahan bacaan kepada pengunjung. Selain itu, turut diadakan sesi bercerita, aktiviti Riang Ria bersama Maskot Dina dan Perkhidmatan Bas Multimedia yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran digital kepada pengunjung.
Penyertaan Perpustakaan Bergerak Multimedia dalam program ini telah menerima sambutan yang menggalakkan serta memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.