MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

IPOH, 21 November 2025 – Bertempat di Ibu Pejabat, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat.

Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Encik Mohd ‘Azim bin Samsuddin ini bertujuan mendoakan kesejahteraan seluruh warga PPANPk serta ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan silaturrahim, mewujudkan suasana harmoni, dan memupuk semangat warga kerja untuk sentiasa memburu ilmu demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara kita.